Followers

Tuesday, July 24, 2012

Home » , » (Gambar) Budak mati jatuh dari kenderaan vintaj di Muzium Beamish

(Gambar) Budak mati jatuh dari kenderaan vintaj di Muzium Beamish


Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mati selepas terjatuh dari sebuah kenderaan lama berkuasa wap di sebuah muzium terbuka, semalam.
Karl Doran dikatakan jatuh di bawah treler yang ditarik enjin itu dan m
engalami kecederaan di kepala.

Menurut laporan, bapa mangsa, Phillip Doran, 41, sukarelawan di muzium berkenaan memandu kenderaan vintaj itu ketika kejadian.
Pemandu itu turut dibawa ke hospital untuk dirawat kerana terkejut selepas tragedi itu di Muzium Beamish berhampiran Stanley di Co Durham.



Polis berkata, petugas kecemasan menerima panggilan sejurus sebelum jam 3 petang tetapi budak itu disahkan mati di tempat kejadian.

Jurucakap perkhidmatan ambulans berkata: “Kami difahamkan bahawa budak itu jatuh dari sebuah treler yang ditarik oleh enjin berkuasa wap.” Muzium Beamish yang popular itu mempamerkan kehidupan harian masyarakat abad lalu, termasuk kostum pelakon dan kenderaan lama.
Ia sesak dengan keluarga yang datang mengunjungi pameran itu tetapi ditutup sementara selepas tragedi berkenaan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive