Followers

Thursday, July 12, 2012

Home » , » GAMBAR: Restoran Mamak Atas Kubur!

GAMBAR: Restoran Mamak Atas Kubur!


Selamat datang ke Restoran New Lucky di Ahmedabad India.
Ianya sebuah restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.
Restoran ini terkenal dengan teh tarik dan roti nan yang dikatakan tersedap di Ahmedabad.
Persoalannya kenapa restoran yang terkenal ini dibina di atas kubur yang diwarnakan hijau?

Kisah bermula 50 tahun dahulu.
Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.
Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran.
Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky. Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi.
Menurut tuan punya restoran ini sekarang, Kutti Nair beliau merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau.
Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad.
Jadi Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau laku nak mampos!
Siapa di Ahmedabad silalah makan di New Lucky.
Boleh enjoice minum teh tarik bersebelahan kubur! Unik! Kalah Ali Maju, Najath, Line Clear, Pelita dan Maulana! (petikan bloghttp://blogserius.blogspot.com)

Sumber my news hub ; Layari kisah Pelik Di HiJau Rimba

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive