Followers

Friday, July 6, 2012

Home » » Uncle Seekers, Nadhirah direman - Kes sultan Johor

Uncle Seekers, Nadhirah direman - Kes sultan Johor


Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas, 46, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers direman empat hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu
siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Turut ditahan reman ialah Siti Nadhirah Mohd. Zain, 26, yang merupakan teman wanitanya.
Perintah tahanan ke atas Uncle Seekers dan Siti Nadhirah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Isa Mohamed kira-kira pukul 4 petang mengikut peruntukan Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Uncle Seekers dan teman wanitanya yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 3 petang kelihatan ceria.
Uncle Seekers sempat memberitahu, mereka telah ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk menghantar dokumen ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malam kelmarin.
Isnin lalu, seramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melalui blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive