Followers

Wednesday, July 18, 2012

Home » , , » Wanita misteri bersama Jong-un cetus tanda tanya

Wanita misteri bersama Jong-un cetus tanda tanya

Kehadiran seorang wanita yang dilihat bersama Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam sebuah majlis Ahad lalu, sekali lagi mencetuskan spekulasi bahawa wanita itu adalah
bakal isterinya.

Menurut agensi berita tempatan, wanita berambut pendek berusia lingkungan 20-an itu sekali lagi tampil di khalayak umum bersama Jong-un pada awal bulan ini, namun media tempatan gagal untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran wanita itu di sisi pemimpin tersebut.

Televisyen tempatan barubaru ini, telah menyiarkan wajah wanita tersebut yang kelihatan anggun memakai baju berwarna kuning polka dot dan jaket putih.

Visual itu turut menayangkan wanita berkenaan berdiri hampir dengan Jong-un ketika lawatan ke sebuah tadika, manakala pegawai pengiring lain berada di belakang pasangan itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive