Followers

Friday, July 6, 2012

Home » » Tiga maut nahas kereta, motosikal

Tiga maut nahas kereta, motosikal


BEGINILAH keadaan kereta Proton Iswara yang dipandu Yu Guang selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua buah motosikal di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi 

Seorang pemandu kereta dan dua penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.
Kejadian pada pukul 5.30 pagi itu berlaku apabila
kereta Proton Iswara yang dipandu Lin Yu Guang, 49, dari pusat bandar ke Kota Tinggi, hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kereta tersebut kemudian melanggar motosikal yang ditunggang K. Tangam, 26, dan sebuah lagi motosikal dinaiki G. Vikniswaran, 26, dan adiknya, G. Murugan, 24.
"Yu Guang, Tangam dan Vikniswaran mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat manakala Murugan cedera parah dan dirawat di hospital sama,

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive