Followers

Thursday, July 5, 2012

Home » » 100 batu nisan dilonggok belakang stor

100 batu nisan dilonggok belakang stor


PENDUDUK kampung melihat longgokan batu nisan yang dicabut dan ditinggalkan di Tanah Perkuburan Tok Kembung, Kangar 

 Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan
pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.
Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.
Seorang penduduk, Shuib Abd. Rahman, 62, sedih melihat longgokan batu nisan di situ yang dicabut tanpa diletakkan tanda manakala pokok yang ditebang terbiar begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive