Followers

Wednesday, July 11, 2012

Home » » Sinopsis Filem Momok Jangan Cari Pasal (2012)

Sinopsis Filem Momok Jangan Cari Pasal (2012)

Sinopsis Filem Momok Jangan Cari Pasal (2012)

M.Jamil bersama krew produksinya sedang melakukan penggambaran filem MOMOK - Jangan Cari Pasal!. Penggambaran filem ini sering terganggu pada setiap adegan seram cuba dijalankan.

Sejak hari pertama penggambaran, krew, pelakon dan tenaga kerja yang terlibat telah diganggu oleh ‘Momok’ dan kejadian-kejadian yang aneh dan penuh misteri. Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk.

Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan

krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala.

Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria.

Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Berjayakah penggambaran diteruskan selepas itu? Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran?

Mungkinkah beliau telah disorok Bunian? Bagaimana Pocong dan Pontianak sebenar mengganggu pengambaran? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini akhirnya disiapkan oleh M.Jamil walaupun hampir kesemua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem bergenre Komedi Thriller …. “Momok.. Jangan Cari Pasal!” (Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!)

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive