Walaupun kebanyakan wanita mahu memastikan pakaian pengantin mereka berada dalam keadaan terbaik, sesetengah yang lain sengaja merosakkannya atas nama seni.
Amalan aneh dikenali sebagai Trash The Dress itu semakin popular di seluruh dunia, dengan ramai wanita menempah jurugambar bagi merakamkan gaun pengantin mereka dirosakkan. Tujuannya - mencipta imej kontras yang berkesan bagi mengiringi keindahan gaun pengantin yang dipakai mereka. Hasil daripada kerja seni itu memang dramatik.
Disebabkan keinginan itu, kata rencana berkenaan, pasangan pengantin di seluruh dunia memakai gaun perkahwinan mereka untuk memasuki gua, berjalan di taman hiburan terbiar, merayau di ladang jagung atau meredah hutan.
Imej pengantin yang disimbah wain merah, misalnya, dirakam jurugambar Jeff Cooke, baru-baru ini.
Kata Cooke, pasangan itu hanya dikenali sebagai Bri dan Greg mengatur sesi fotografi bagi memperingati ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Satu lagi imej dirakam Cooke menunjukkan seorang wanita mengecat gaunnya dengan warna hitam. Seperti dapat disaksikan pada gambar itu, wujud “keghairahan, tenaga dan emosi” ketika aksi itu dirakamkan. Sebagai bukti amalan berkenaan begitu popular, majlis besar-besaran Trash The Dress pernah diadakan di Belanda pada September 2009 dengan lebih 150 wanita menyertainya.
No comments:
Post a Comment