Followers

Friday, July 6, 2012

Home » » Pelancong diminta tidak pakai skirt pendek

Pelancong diminta tidak pakai skirt pendek


GAMBAR fail menunjukkan sejumlah pelancong asing menaiki sebuah perahu di Tasik Nagin, Srinagar pada 30 Ogos 2007.

Sebuah kumpulan Islam di Kashmir India semalam memberi amaran kepada para pelancong supaya mereka tidak memakai
skirt pendek dan pakaian yang mendedahkan tubuh badan di wilayah itu.
Kumpulan tersebut, Jamaat-e-Islami meminta lembaga pelancongan di wilayah itu supaya menyokong pendirian mereka.
Menurutnya, para pelancong perlu diberitahu lebih awal supaya berpakaian sopan ketika berada di Kashmir bagi mengelakkan mereka mencetuskan kemarahan golongan ekstremis agama.
"Sejumlah pelancong, terutamanya warga asing, memakai skirt pendek dan pakaian menjolok mata yang bercanggah dengan etika dan budaya tempatan serta tidak dapat diterima dalam masyarakat yang bertamadun," kata jurucakap Jamaat-e-Islami, Zahid Ali.

Kashmir terkenal kerana memiliki panorama yang indah seperti rumat bot, banjaran gunung dan tasik.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive