Followers

Wednesday, July 18, 2012

Home » » 173 biri-biri mati disambar petir

173 biri-biri mati disambar petir


Sebanyak 173 biri-biri ditemui mati, semalam akibat disambar petir di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia.

Menurut Alten Bagen, 18, kejadian yang mengorbankan ternakan keluarganya itu seperti satu mimpi buruk.

"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar 
kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.
Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.

Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.

"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive