Followers

Monday, July 9, 2012

Home » » Bayi Nyaris ditelan Ular - Ular sawa jiran terlepas

Bayi Nyaris ditelan Ular - Ular sawa jiran terlepas


Seorang bayi dari Matoon, Illinois nyaris maut selepas dibaham seekor ular sawa sepanjang dua kaki milik jirannya yang menyelinap masuk ke katil bayi itu.
William Winans yang meraikan hari jadinya yang pertama minggu ini, dirawat akibat gigitan dan lebam dilaporkan dalam keadaan baik, kata bapanya, Devins Winans kepada ABC News.

“Jika ular itu membelit lehernya, secara jujur kami mungkin tidak dapat mengadakan hari jadi untuknya hari ini,” kata Devins. Kira-kira jam 11 malam Isnin lalu, Devins berkata, dia mendengar anak lelakinya menangis dan pergi ke bilik William untuk memeriksa keadaannya. Ketika berada di katil bayinya, dia terasa ada sesuatu yang licin. “Saya segera menghidupkan lampu dan terkejut melihat seekor ular sawa membelit kaki William, menjerut dan cuba untuk memakan kakinya.

Devins menggunakan selimut untuk menarik ular itu daripada kaki kecil anaknya sebelum menyerahkan haiwan itu ke pusat perlindungan haiwan di daerah Coles. Pengurus pusat perlindungan itu, Julie Deters berkata, tidak diketahui mengapa ular berkenaan menyerang bayi terbabit, tetapi katanya pada musim panas, haiwan berasa lebih tidak selesa.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive