Followers

Friday, July 6, 2012

Home » » Rampas bas, belasah pemandu

Rampas bas, belasah pemandu


Empat lelaki bersenjatakan sejenis objek keras dan tumpul bertindak merampas sebuah bas henti-henti lalu mencederakan pemandunya sebelum
kenderaan tersebut ditemui tersadai di atas pembahagi jalan selepas merempuh sebatang tiang lampu semalam.
Kejadian pukul 6.50 pagi di Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini itu berlaku ketika T. Manirajah, 50, yang memandu bas tersebut baru lima minit bertolak dari Stesen Bas Medan Kidd dengan membawa tiga pelajar sekolah yang merupakan penumpang pertamanya.
Manirajah memberitahu, tiba di satu persimpangan lampu isyarat, basnya ditahan oleh empat lelaki berusia awal 30-an.
Katanya, tanpa disangka, keempat-empat suspek itu terus meluru dan menyerangnya sebaik dia membuka pintu bas.
"Salah seorang suspek terus memukul kepala saya dengan objek keras hingga mengeluarkan darah. Saya yang cemas kemudian lari melalui pintu pemandu manakala tiga pelajar berkenaan diarahkan turun oleh penjenayah tersebut," ceritanya yang mendakwa kehilangan RM400 ekoran peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive