Followers

Monday, July 9, 2012

Home » » Anwar hanya 'test market', kata Rafizi

Anwar hanya 'test market', kata Rafizi

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "test market" apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan berundur dari politik jika perikatan itu gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut.

Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini.
 
"Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar.

“Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.
 
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13.
 
Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air.
 
Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu.
 
Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik.


Sumber sinar harian

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive