Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam



.jpg)
