Followers

Tuesday, November 6, 2012

Home » » Genderuwa Makhluk Halus Dari Tanah Jawa

Genderuwa Makhluk Halus Dari Tanah Jawa

Tanah Jawa, Indonesia dikatakan satu-satunya lokasi untuk menemui makhluk halus yang dikenali sebagai genderuwa. Dalam bahasa masyarakat Sunda, ia dipanggil genderuwo. Menurut catatan orang tempatan, makhluk
tersebut merupakan jelmaan jin yang terdapat di kawasan Slogohimo dan Wonogiri, Jawa Tengah serta Kulon Progo di Jogjakarta, Indonesia.


Ia gemar mendiami kawasan sunyi terutamanya tempat berbatu dan berair, pokok besar, bangunan lama dan tempat yang jauh daripada manusia. Fizikal makhluk ini sering diterjemah seperti manusia atau monyet tetapi saiznya lebih besar, memiliki kulit berwarna hitam kemerahan dan badannya ditumbuhi bulu. Sering menjadi bahan cerita orang tua untuk menakutkan kanak-kanak dan anak gadis agar mendengar kata di Jawa, genderuwa juga dikatakan boleh berubah rupa.

Selain itu, sesetengah rakyat Indonesia percaya genderuwa merupakan jelmaan orang yang mati yang mayatnya tidak diuruskan dengan sempurna.

Penulis kisah misteri Indonesia, R. P. Suyono dalam bukunya yang berjudul Dunia Mistik Orang Jawa menjelaskan bahawa genderuwa memiliki sifat yang boleh menampakkan diri dalam pelbagai bentuk. Pada waktu siang makhluk tersebut boleh menonjolkan dirinya seperti ular, buaya, burung pemangsa atau haiwan ganas lain yang sering ditakuti manusia.

Genderuwa terkenal dengan sifatnya yang gemar menganggu manusia. Masyarakat Jawa percaya bahawa apabila kedengaran seperti sesuatu dicampakkan di atas bumbung rumah, itu adalah angkara genderuwa.

Menurut versi cerita masyarakat tempatan, genderuwa merupakan lembaga yang memiliki nafsu seksual yang tinggi.

Ia boleh menyamar sebagai suami kepada seorang wanita yang ingin ditidurinya dan melakukan hubungan intim dengan wanita tersebut. Dikhabarkan genderuwa juga boleh menyebabkan seseorang wanita yang kesepian hamil apabila bersekedudukan dengannya.

-Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba