Followers

Wednesday, November 14, 2012

Home » » Misteri budak ditemui sendirian atas batu di Jelapang

Misteri budak ditemui sendirian atas batu di Jelapang


JELAPANG – Misteri. Itu yang boleh digambarkan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hanya terduduk di atas batu berseorangan tanpa berkata apa-apa.
Kanak-kanak itu ditemui oleh seorang kontraktor yang bekerja di
tapak projek berhampiran Bukit Meru di sini, kira-kira jam 3 petang, semalam.
Sumber polis berkata, kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Jelapang oleh kontraktor berkenaan setelah dia dilihat seolah-olah mengalami trauma.

“Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu tidak dapat mengingati kenapa dia berada di kawasan berkenaan tetapi dia ada menyebut dia berkelah di kawasan Chepor sebelum tersesat di dalam hutan kira-kira lima kilometer dari kawasan dijumpai.

“Kanak-kanak itu juga seolah-olah gagal mengingati tempat tinggal. Usaha polis meronda di sekitar kawasan, akhirnya berjaya menemui rumah keluarganya di Taman Malar, Tambun, petang tadi (semalam),” katanya.
Katanya, kanak-kanak itu berjaya diserahkan kepada keluarganya yang tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa kanak-kanak itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1