Followers

Friday, July 6, 2012

Home » » Pelé perlekeh kehebatan Sepanyol

Pelé perlekeh kehebatan Sepanyol


Pemain legenda bola sepak dunia, Pelé menganggap skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia 1970 adalah 'lebih bagus' daripada skuad Sepanyol yang
menjulang trofi Euro 2012, Isnin lalu.
"Setiap generasi boleh dijadikan sebagai rujukan tetapi tidak ada bantahan sekiranya kami membuat perbandingan antara skuad Brazil 1970 dan Sepanyol (Euro 2012)," kata Pelé.
"Brazil memiliki ramai pemain hebat berbanding Sepanyol yang hanya memiliki dua atau tiga pemain terbaik," katanya yang menjadi sebahagian daripada pasukan itu ketika Brazil menewaskan Itali 4-1 pada aksi final Piala Dunia 1970.
Begitupun, Pelé tetap memuji corak permainan Sepanyol yang berjaya menewaskan Itali 4-0 di Stadium Olimpik, Ukraine, sekali gus menganggap Sepanyol merupakan salah sebuah pasukan terbaik di dunia.
Awal pagi semalam, Pelé selaku duta Copa Libertadores menyaksikan kelab Brazil, Corinthians muncul juara selepas menewaskan kelab gergasi Argentina, Boca Juniors dengan agregat 3-1.
Dalam perkembangan lain, Pelé manganggap bintang muda Brazil, Neymar dan tonggak utama Barcelona, Lionel Messi, berada dalam kelas yang berlainan.
Pelé berkata, tidak adil untuk menyamakan penyerang Santos berusia 20 tahun itu dengan pemain terbaik dunia, Messi.
"Neymar memiliki segala- galanya untuk menjadi seperti Messi yang baharu selepas penyerang Barcelona itu dianggap sebagai Maradona baharu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive