Followers

Sunday, July 15, 2012

Home » » Koleksi Kereta Yang Gagal Di Pasaran Dunia

Koleksi Kereta Yang Gagal Di Pasaran Dunia


Pernah dengar kedai Reject Shop tak? Ia merupakan sebuah kedai yang mempunyai branding reject shop. Gagal dalam pembuatan tidak bermakna ia tidak boleh dipasarkan. Tetapi ini lain pula ceritanya, apabila terdapat beberapa pengilang kereta gagal dalam menghasilkan reka bentuk kereta dalam pengeluarannya. Nama pun manusia, mesti tidak lari dari kecatatan bukan. Jom kita layan gambar kereta mewah tapi gagal di bawah ini.

1. Aston Martin Lagonda wagon
Kereta buruk ini dihasilkan antara tahun 1976-1989, ketika dilancarkan diharapkan boleh bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley. Tapi sebaliknya yang terjadi.
2. AMC Pacer
AMC Pacer tahun 1975.
3. Reliant Regal
Kereta beroda tiga buatan England ini mengerikan musuh besar “Mr. Bean” ini dihasilkan tanpa stereng.
4. AMC Gremlin
Sepertinya ada satu alasan aneh yang membuat badan kereta buruk satu ini seperti dipotong di bahagian belakangnya. Satu lagi, entah kebetulan atau tidak, kereta ini dilancarkan pada tahun 1970 bersamaan dengan April Fool.
5. Nissan S Cargo
Sebenarnya modelnya biasa saja, cuma yang nampak buruk itu lampu depannya. Seperti mata siput peliharaan Sponge Bob. Dihasilkan antara tahun 1989-1992, dari namanya boleh dimaksudkan “Small Cargo” atau mungkin juga “Escargot” yang dalam bahasa Perancis ertinya siput.
6. Ford Edsel
Kereta buruk ini beratnya 3 tan dengan tempat duduk seperti di toilet dan gear manual yang sangat pelik. Kereta ini “terlanjur” dihasilkan, sementara jenama lain tidak pernah terfikir untuk menghasilkan kenderaan seperti ini.
7. Fiat Multipla
Kereta pelik ini dilancarkan pada tahun 1998. Rekaannya sangat pelik dan lucu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive