Followers

Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

(Gambar) Budak mati jatuh dari kenderaan vintaj di Muzium Beamish


Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mati selepas terjatuh dari sebuah kenderaan lama berkuasa wap di sebuah muzium terbuka, semalam.
Karl Doran dikatakan jatuh di bawah treler yang ditarik enjin itu dan m

Wednesday, July 18, 2012

Bot untuk bawa pelancong Olimpik di London


Sebuah bot yang berukuran 37 meter panjang dan lebar 17.5 meter akan membawa pelancong-pelancong Sukan Olimpik menyeberang Sungai Thames di London.
Bot itu boleh membawa

Sunday, July 15, 2012

Koleksi Kereta Yang Gagal Di Pasaran Dunia


Pernah dengar kedai Reject Shop tak? Ia merupakan sebuah kedai yang mempunyai branding reject shop. Gagal dalam pembuatan tidak bermakna ia tidak boleh dipasarkan. Tetapi ini lain pula ceritanya, apabila terdapat beberapa pengilang kereta gagal dalam menghasilkan reka bentuk kereta dalam pengeluarannya. Nama pun manusia, mesti tidak lari dari kecatatan bukan. Jom kita layan gambar kereta mewah tapi gagal di bawah ini.

1. Aston Martin Lagonda wagon
Kereta buruk ini dihasilkan antara tahun 1976-1989, ketika dilancarkan diharapkan boleh bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley. Tapi sebaliknya yang terjadi.
2. AMC Pacer
AMC Pacer tahun 1975.
3. Reliant Regal
Kereta beroda tiga buatan England ini mengerikan musuh besar “Mr. Bean” ini dihasilkan tanpa stereng.
4. AMC Gremlin
Sepertinya ada satu alasan aneh yang membuat badan kereta buruk satu ini seperti dipotong di bahagian belakangnya. Satu lagi, entah kebetulan atau tidak, kereta ini dilancarkan pada tahun 1970 bersamaan dengan April Fool.
5. Nissan S Cargo
Sebenarnya modelnya biasa saja, cuma yang nampak buruk itu lampu depannya. Seperti mata siput peliharaan Sponge Bob. Dihasilkan antara tahun 1989-1992, dari namanya boleh dimaksudkan “Small Cargo” atau mungkin juga “Escargot” yang dalam bahasa Perancis ertinya siput.
6. Ford Edsel
Kereta buruk ini beratnya 3 tan dengan tempat duduk seperti di toilet dan gear manual yang sangat pelik. Kereta ini “terlanjur” dihasilkan, sementara jenama lain tidak pernah terfikir untuk menghasilkan kenderaan seperti ini.
7. Fiat Multipla
Kereta pelik ini dilancarkan pada tahun 1998. Rekaannya sangat pelik dan lucu.

Friday, July 13, 2012

(Gambar) Kereta Ketua Gangster Al Capone dilelong

Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong di sini.
Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai depan.
Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).
Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan.
Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter. 

Friday, July 6, 2012

Juruterbang punca nahas pesawat korban 229 orang


Para penyiasat agensi BEA yang menyiasat kemalangan udara Perancis menyatakan kesilapan juruterbang dan kegagalan peralatan yang memberikan data silap sebagai

Thursday, July 5, 2012

Pereka kereta Ferrari meninggal dunia


MILAN - Pereka bentuk kereta sport Ferrari, Sergio Pininfarina meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di sini semalam.
Punca kematiannya tidak didedahkan tetapi dia pernah sakit sebelum ini.
Sergio dibimbing bapanya, Gian Battista yang merupakan pengasas firma reka bentuk kereta Farina pada tahun 1930-an, untuk menggantikannya sejak beliau masih kanak-kanak.
Dilahirkan pada 1926, beliau menyertai firma keluarga itu selepas memperoleh ijazah kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Politeknik Turin.
Sergio dilantik ketua eksekutif Farina pada 1961 dan pengerusi apabila bapanya meninggal dunia pada 1966.
Ketika itu, firma berkenaan telah mencipta nama dalam mereka bentuk kereta bercirikan aerodinamik terkini yang menjadi tumpuan orang ramai.
Nama Farina kemudian ditukar kepada Pininfarina pada 1961 selepas mendapat restu presiden syarikat berkenaan.
Antara kereta terkenal yang direka bentuk firma tersebut termasuk kereta coupe Cisalfa pada 1947 yang kini dipamerkan di

Wednesday, July 4, 2012

Saturday, May 26, 2012

Pesawat solar terbang rentas benua


PESAWAT berkuasa solar, Solar Impulse berlepas dari Payerne, Switzerland kelmarin.- AFP


MADRID, Sepanyol - Pesawat berkuasa suria Switzerland, Solar Impulse selamat mendarat di sini semalam sekali gus menamatkan peringkat pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api.
Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30 pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin.
Pesawat berkenaan berlepas ke bandar Rabat, Mahgribi melalui bandar raya ini dalam perjalanan sejauh 2, 500 kilometer.
Penerbangan kali ini adalah yang terjauh buat Solar Eclipse selepas pesawat tersebut terbang ke Paris dan Brussels pada tahun lalu.
"Penerbangan ini berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan ahli meteorologi yang banyak membantu kami," kata Borschberg.
Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta.
Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana empat enjin elektrik.
Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang mengelilingi dunia pada 2014. - AFP


Sunday, May 20, 2012

Bapa cipta basikal gergasi untuk anak



ZHANG YALI menguji basikal gergasi ciptaannya di luar sebuah rumah gudang yang disewa di Jilin, China kelmarin.


JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.
Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.
Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.
Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.
Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Rel kereta api di tengah-tengah desa



SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.


HANOI - Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.
Ia dikenali sebagai Kham Thien.
Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.
Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.
Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. - Agensi

Petani China bina kapal selam



SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.


BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

Saturday, May 19, 2012

Motorsikal Tertinggi dan terbesar di dunia

Motor terbesar dan tertinggi di dunia dan diiktiraf oleh Guniiess World Book Of Record ni di buat oleh
Greg Dunham dan seberat 6,500 pound ,15 kaki tinggi dan 20 kaki panjang.

Motor ni mengambil masa selama 3 tahun untuk siap sepenuhnya dan berharga 300,000 usd..

Hurm nampaknya susah jugak nak menyelit...lagi susah nak cari tempat parking ni...
Kannnn

Jaguar Motor- Motor yang cool dan pelik


Motor Jaguar ni hanya motor concept semata mata...
Motor jaguar ni dibuat oleh  Barend Massow Hemmes of Massow Concept Cycles bersama Polar cycles of Doncaster UK.

Cantik kan motor  ni..tapi rasanya tak sesuai nak guna di jalan raya malaysia ni ..
Boleh mengundang kecelakaan dan kerugian yer la

motor pelik cmni ada jer yang nak usik ..
usik takpe lagi tapi kalau dah kena curi...
tak dapet la den nak  nolong...

The Predator Motosikal Yang mengerikan


Motor The Predator ni berasal dari New Jersey..Diubah suai menjadi ganas dan menakutkan
Tak tau la aper motif dia modifikasi macam ni..
sama ada untuk nampak Ganas dan Brutal ataupun untuk mencari perhatian semata mata....


Sunday, October 9, 2011

56 maut dalam kemalangan sehari di China


SEBUAH kereta remuk digilis treler dalam kemalangan melibatkan 24 kenderaan di Xiaoxian, China kelmarin.



BEIJING – Sebanyak 56 nyawa melayang dalam tiga kemalangan maut di China pada hari terakhir cuti umum selama seminggu di negara berkenaan.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan mangsa-mangsa yang maut termasuk 35 penumpang sebuah bas yang bertembung dengan kereta di sebuah lebuh raya di utara China.
Menurut Xinhua, bas terbabit terbalik selepas merempuh sebuah kereta di bandar pelabuhan Tianjin tengah hari kelmarin dengan menyebabkan 18 yang lain cedera.
Di bandar Xiaoxian, wilayah Anhui akhbar Beijing News melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dengan 19 lagi cedera dalam rempuhan melibatkan 24 buah kenderaan ketika cuaca berkabus.
Pada masa yang sama, akhbar berkenaan menyatakan, 11 orang di dalam sebuah van maut selepas kenderaan itu dirempuh sebuah trak di wilayah Henan, tengah China.
Kemalangan serius kerap berlaku di China dengan muatan berlebihan atau kecuaian pemandu seringkali menjadi faktor nahas.
Kelmarin merupakan hari terakhir cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan China. – AP

ShareThis

pop 1