Followers

Showing posts with label Manusia. Show all posts
Showing posts with label Manusia. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

14 gambar Badan Maskulin,Tegap Artis Yang Hebat

Pemilihan hebat gambar yang menampilkan beberapa pelakon lelaki yang yang paling kacak dalam Hollywood . Menunjukkan badan  mereka yang tegap dan hebat dalam filem hits mereka. Bintang lelaki Hollywood  untuk kegembiraan pembaca wanita kami dan kita semua mempunyai rujukan yang baik bagaimana badan kita harus kelihatan seperti. Saya rasa gambar-gambar ini akan membuat lebih daripada satu orang untuk mula melawat gimnasium dan mendapatkan dalam bentuk. Kami mempunyai fikiran badan dan kesihatan dalam tekanan gaya hidup moden ini . Dan ini terlihat bukan sahaja selebriti  Hollywood , tetapi boleh dicapai melalui amalan, sukan dan latihan keras.

Jake Gyllenhaal dalam Prince of Persia- The sand of time

Bradley Cooper On The Set Of The A-Team

Mark Wahlberg In Date Night

Thursday, July 19, 2012

Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik


CALIFORNIA – Kailyn, 18, gadis yang berasal dari Sacramento mengakui telah menjamah plastik hampir 60,000 jenis plastik sepanjang 11 tahun yang lalu sebagai makanan utama hariannya berbanding dengan makanan biasa.
Kailyn telah dijemput oleh sebuah rancangan TLC bagi sebuah program bual bicara, ‘My Strange Addiction’ bagi membicarakan ketagihan anehnya kepada

Friday, July 6, 2012

Lelaki Jepun Zaman Dulu Dan Zaman Sekarang

Its totally different ....U can see by your ....Agreeee

Saturday, May 26, 2012

Lelaki musnahkan kereta dengan tangan kosong



AKSI seorang lelaki memusnahkan sebuah kereta dengan menggunakan tangan kosong.


LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.
Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.
Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.
Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi

Sunday, May 20, 2012

Budak lapan tahun pandu BMW


ANGGOTA-ANGGOTA bomba menyaksikan kereta BMW yang dipandu seorang budak lelaki berusia lapan tahun selepas ia merempuh rumah jirannya di Boston kelmarin.


BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi


Gambar Awek Jepun tido Atas Keretapi











Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest


GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal.



KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.
Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.
Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.
"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.
"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.
Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.
Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.
Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.
Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

ShareThis

pop 1