Followers

Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts
Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Gunung berapi 140 juta tahun ditemui

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan tinggalan gunung berapi itu di Kepulauan Kwo Chai, Hong Kong.
HONG KONG - Sekumpulan ahli geologi Hong Kong semalam mendedahkan peta dan tinggalan gunung berapi gergasi yang meletus 140 juta tahun lalu.
Gunung berapi gergasi itu terletak di

Sunday, August 26, 2012

(Gambar) Sungai tercantik di Dunia



Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.
Fakta ringkas: 
  • Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
  • Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn

Saturday, July 28, 2012

Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba Di Pakistan (Gambar)


Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi.Gambar pelik dibawah merupakan gambar dari sebuah laut yang

Saturday, May 26, 2012

‘Pokok abadi’ terselamat daripada reput



Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP


MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.
Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.
Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam.
"Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena.
Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP

Thursday, May 24, 2012

Tasik lima kilometer hilang kurang 24 jam

DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.


SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.
Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.
Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.
Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.
Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.
"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.
Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP


Sunday, May 20, 2012

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest


GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal.



KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.
Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.
Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.
"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.
"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.
Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.
Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.
Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.
Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

Monday, November 14, 2011

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia


Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.. Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.juga tercalon
Sumber : kosmo
7 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR TABLE MOUNTAIN,AFRIKA SELATAN
6 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR SUNGAI BAWAH TANAH PUERTO PRINCESA,FILIPINA
5 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR KOMODO,INDONESIA
4 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR PULAU JEJU KOREA SELATAN
3 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR AIR TERJUN IGUAZU,ARGENTINA
2 TUJUH KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA
GAMBAR HALONG BAY,VIETNAM

ShareThis

pop 1