Followers

Showing posts with label Rekod. Show all posts
Showing posts with label Rekod. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

(Gambar) Sungai tercantik di Dunia



Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.
Fakta ringkas: 
  • Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
  • Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn

Saturday, August 25, 2012

Model cun Peraga kasut sejauh 2.819km

GAMBAR menunjukkan seorang wanita memperagakan kasut di Pelabuhan Darling, Sydney

SYDNEY - Syarikat dari Scandinavia, ECCO mencipta rekod dunia apabila model-modelnya berjalan sejauh 2.812 kilometer (km) untuk memperagakan kasut di sekitar

Tuesday, August 21, 2012

Pokok Terbesar Dan Tertua Di Dunia (6 Foto)


 Ciptaan Allah mengatasi segala-galanya. Sebatang pokok yang dikenali dengan nama General Sherman Tree yang terletak di Taman Negara Sequoia, California ini merupakan pokok berbatang tunggal yang terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan salah satu pokok yang tertua di muka bumi ini. Pokok ini mempunyai ketinggian 83 meter dan diameter batangnya ialah 11 meter. Usia pokok ini dianggarkan diantara 2,300 tahun sehingga 2,700 tahun. Jom lihat gambar di bawah ini.

Friday, August 10, 2012

Jambatan Gantung tertinggi di dunia



 Pada 31 Mac, 2012. Jambatan gantung 'Aizhai' (jambatan gantung tertinggi di dunia), berketinggian maksimum 330 meter, dibuka kepada lalu lintas. Merangkumi lembah Dehang, jambatan ini telah dibina sebagai sebahagian daripada lebuh raya dari

Friday, July 6, 2012

Wanita kurus makan 45 hot dog


eorang wanita kurus, Sonya Thomas, 44, memecahkan rekodnya sebelum ini dengan memakan 45 hot dog dan roti ban dalam masa 10 minit dalam

Tuesday, June 12, 2012

Rupert, 9 kg, kucing paling besar di Australia

COMEL...Rupert menjuarai pertandingan kucing di Australia sebanyak tiga kali.

BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya.



BESAR...Natalie Chettle menjulang Rupert, milik ibunya.

SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.
Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.
Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.

Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.

“Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”

Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.

“Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.

Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter. 




Sunday, May 20, 2012

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest


GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal.



KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.
Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.
Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.
"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.
"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.
Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.
Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.
Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.
Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

ShareThis

pop 1