Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts
Tuesday, August 21, 2012
Pokok Terbesar Dan Tertua Di Dunia (6 Foto)
Ciptaan Allah mengatasi segala-galanya. Sebatang pokok yang dikenali dengan nama General Sherman Tree yang terletak di Taman Negara Sequoia, California ini merupakan pokok berbatang tunggal yang terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan salah satu pokok yang tertua di muka bumi ini. Pokok ini mempunyai ketinggian 83 meter dan diameter batangnya ialah 11 meter. Usia pokok ini dianggarkan diantara 2,300 tahun sehingga 2,700 tahun. Jom lihat gambar di bawah ini.
Sunday, July 15, 2012
Orkid bentuk Macam Muka Monyet - Orkid Drakula
Bunyi macam pelik jer kan.Orkid drakula, Bentuk macam muka monyet...sepatutnya nama dia Orkid monyet la kaannn..Lagi sesuai tak gitu....Apa pun memang indah ciptaan tuhan,,
Tekan readmore...Ada banyak lagi gambar kat bawah ni...
Sunday, October 9, 2011
Produk kenaf dikomersialkan 2012
BUTTERWORTH — Produk pembungkusan yang dihasilkan dengan campuran kenaf dan beberapa serat tumbuhan lain dijangka dapat dikomersialkan pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, produk pembungkusan yang dihasilkan berasaskan kenaf dan campuran beberapa serat tumbuhan itu merupakan produk yang mudah terurai dan dilupuskan, ia secara tidak langsung mampu menyelamatkan ekosistem daripada pencemaran sisa domestik.
"Saya berharap dapat dipercepatkan kerjasama antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan syarikat Return 2 Green Sdn Bhd bagi mengetengahkan produk yang sangat canggih ini,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai kajian dan pembangunan (R&D) produk pembungkusan berasaskan kenaf dan mengadakan lawatan ke makmal dan kilang Return 2 Greend di sini hari ini.
Katanya, R&D mengenai campuran kenaf dan beberapa serat lain telah dijalankan selama tiga bulan dan hasilnya sangat membanggakan kerana produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang tinggi. — Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)





