Followers

Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Pelik - Pokok Kelapa Bercabang Tujuh

Biasanya kita akan dapati sebuah pokok kelapa tidak mempunyai cabang. Mungkin secara kebetulan kadang-kadang kita juga boleh nampak pokok kelapa bercabang dua di tepian jalan atau di tepian kampung-kampung. Tetapi pernahkah anda melihat pokok kelapa yang bercabang tujuh? Betul, ini merupakan satu fakta dan bukan gambar yang telah diphotoshopkan. Sebuah pokok kelapa telah dilihat mempunyai 7 cabang. Kejadian amat pelik berlaku di sebuah kampung di Indonesia. Seorang penduduk yang namanya dirahsiakan berkata pokok kelapa ini sudah 50 tahun berada di situ. Dia juga turut menambah buah pokok kelapabercabang tujuh itu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan dapat mengelak dari diganggu oleh makhluk halus.


 Jom tengok gambar pelik pokok kelapa bercabang tujuh


 


Saturday, June 16, 2012

Pokok kelapa yg pelik 3 dalam 1– Baik punyer..



Pokok kelapa yg berbuah nangka ,pisang  dan buah kelapa sendiri…
untung la kalo ada pokok yg boleh dapat buah macam ni kaannnn..
Jimat tanah, baja dan jugak jimat Tanah..
Hehheheeh
Amacam ..boleh caya ker tak ni……ape pendapat koraang…Cer komen cket….


tekan readmore untuk tengok gambar pokok kelapa yg pelik
LAayyyyyaannnnnzzzz

Saturday, May 26, 2012

‘Pokok abadi’ terselamat daripada reput



Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP


MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.
Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.
Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam.
"Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena.
Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP

Sunday, October 9, 2011

Produk kenaf dikomersialkan 2012


BUTTERWORTH — Produk pembungkusan yang dihasilkan dengan campuran kenaf dan beberapa serat tumbuhan lain dijangka dapat dikomersialkan pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, produk pembungkusan yang dihasilkan berasaskan kenaf dan campuran beberapa serat tumbuhan itu merupakan produk yang mudah terurai dan dilupuskan, ia secara tidak langsung mampu menyelamatkan ekosistem daripada pencemaran sisa domestik.
"Saya berharap dapat dipercepatkan kerjasama antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dengan syarikat Return 2 Green Sdn Bhd bagi mengetengahkan produk yang sangat canggih ini,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai kajian dan pembangunan (R&D) produk pembungkusan berasaskan kenaf dan mengadakan lawatan ke makmal dan kilang Return 2 Greend di sini hari ini.
Katanya, R&D mengenai campuran kenaf dan beberapa serat lain telah dijalankan selama tiga bulan dan hasilnya sangat membanggakan kerana produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang tinggi. — Bernama

ShareThis

pop 1