Followers

Sunday, September 2, 2012

Home » » Rumah Api Berhantu Dengan Pemandangan Menarik Dijual RM499,698

Rumah Api Berhantu Dengan Pemandangan Menarik Dijual RM499,698

The Point of Ayr Lighthouse merupakan salah satu tempat berhantu di Wales


Sebuah rumah api yang mempunyai permandangan yang cantik tetapi… ‘dihuni’ oleh hantu dijual pada harga RM499,698 atau £100,000.
The Point of Ayr Lighthouse, terletak berdekatan Talacre, di bahagian utara-pantai timur Walses telah dijual pada harga RM499,698. Pembeli di ingatkan dengan sejarah menara itu kerana banyak berlaku
kejadian paranormal.

Antara kejadian misteri yang kerap berlaku disitu ialah seseorang yang memakai pakaian kerja berdiri di balkoni menara dengan tapak kaki di kawasan pantai. Banyak penyiasat paranormal telah datang untuk menyiasat rumah api ini, hasilnya mereka mendengan orang ketawa, suara yang menyeramkan dan nama mereka dipanggil.

Antara cerita yang tersebar secara online di rumah api ini adalah daripada Adam Corkill, yang mengaku pernah melihat seorang lelaki di atas rumah api ini membaiki menara tersebut. Tetapi anehnya apabila rumah api ini diperiksa, ia dikunci dengan ‘padlock’ dengan rapi dan kelibat lelaki itupun hilang.
Rumah api itu dibina pada 1770s yang merupakan antara rumah api pertama di Walse, mengikut laporan yang disimpan oleh Royal Commosion on the Ancient and Historical Monuments of Wales (RCAHMW). Rumah itu menjadi sebahagian daripada misteri apabila dua buah kapal hilang yang meragut nyawa dan kehilangan banyak kargo. Ia digunakan sehingga 1883.


SUMBER : NARLOO

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive