Followers

Thursday, September 27, 2012

Home » , » Pelik! Benarkah Lembu Ini Yang Paling Kecil Di Dunia?

Pelik! Benarkah Lembu Ini Yang Paling Kecil Di Dunia?


Secara normalnya seekor lembu jantan dewasa sudah tentu mempunyai saiz yang agak besar. Namun di London terdapat seekor lembu yang dikatakan paling kecil di dunia. Seekor lembu jantan yang berusia 29 bulan dan berasal dari County Antrim, Ireland Utara ini telah diiktiraf sebagai seekor lembu terpendek
dan terkecil di dunia serta menepati ciri-ciri yang ditetapkan di dalam Guinness World Records 2013.
Lembu berkenaan hanya berukuran 76.2cm (30 inci) dan 15 inci lebih pendek berbanding lembu jantan baka lain yang lazimnya berukuran 45 inci. Dengan ketinggian tersebut,lembu berkenaan telah dianggap kerdil di dalam ladangnya dan mempunyai saiz lebih kurang seperti seekor anjing dan kambing.
Archie mungkin kelihatan kecil, namun itu tidak sekali-kali menjejaskan keyakinannya. Ryan menjelaskan,”Archie tidak sedar bahawa dia sebenarnya kerdil. Dia asyik berpendapat bahawa dia merupakan seekor binatang yang terbesar dalam kumpulan itu dan dia akan mengomel dan mengaum kepada haiwan lain.”
“Secara umumnya, lembu ini selesa dengan persekitarannya dikelilingi oleh haiwan lain terutamanya dengan kuda dan kambing, dan sekiranya ada sesuatu yang mengancamnya, dia akan pergi menyerang ancaman tersebut – walaupun ia kelihatan kecil, dengan berat 155kg, ia boleh mencederakan.”

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive