Followers

Thursday, September 13, 2012

Home » » Kain misteri jadi tanda tanya di Kedah

Kain misteri jadi tanda tanya di Kedah

Kain putih yang tergantung di tepi pokok menjadi tanda tanya penduduk.
BALING - Penduduk setempat sekitar kampung di sini terkejut apabila melihat objek seakan-akan lembaga putih pada gambar yang dirakam skuad Sinar Harian yang datang membuat liputan di kampung itu, baru-baru ini.

Lembaga atau kain putih tergantung bersebelahan pokok itu menimbulkan
tanda tanya penduduk, kerana kain itu memang tidak pernah berada di situ.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Mat berkata, dia hairan apabila skuad terbabit datang semula ke situ untuk melihat kain putih yang terpapar dalam gambar yang dirakamnya beberapa jam sebelum itu.

“Saya pun lihat gambar dalam kamera itu dan ternyata memang nampak ada kain putih seperti tergantung di pokok itu,” katanya.

Pertemuan pada waktu hampir Maghrib itu mengakibatkan penduduk terus beredar dari kawasan itu kerana mula seram.

“Ada juga penduduk yang pergi periksa, tetapi memang tiada kain di situ, yang ada hanyalah pokok dan semak samun," katanya.

Mat berkata, sehingga hari ini, kain berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya penduduk kampung yang berada di kawasan berkenaan.

Gambar kain berkenaan turut disiarkan menerusi blog yang mendakwa lembaga itu adalah langsuir dan ada yang mengatakan ia penunggu hutan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive