Followers

Thursday, July 19, 2012

Home » , , » Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik

Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik


CALIFORNIA – Kailyn, 18, gadis yang berasal dari Sacramento mengakui telah menjamah plastik hampir 60,000 jenis plastik sepanjang 11 tahun yang lalu sebagai makanan utama hariannya berbanding dengan makanan biasa.
Kailyn telah dijemput oleh sebuah rancangan TLC bagi sebuah program bual bicara, ‘My Strange Addiction’ bagi membicarakan ketagihan anehnya kepada
penonton-penonton di negara itu.
Di dalam rancangan itu, Kailyn dilihat mengunyah beberapa barangan plastik dari palstik botol air hinggalah sarung cakera padat.
Selain itu, Kailyn juga turut berkongsi ‘makanan’ plastik lain yang menjadi kegemarannya sejak dahulu lagi kepada para penonton.
“Saya telah makan 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, lebih 1,000 pedang koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol air, dua puting, tiga sarung cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju, 25 tudung plastik,” kata Kailyn.
Menyifatkan dirinya tidak dapat lari dari plastik, Kailyn mengakui plastik adalah sesuatu yang dia amat perlukan setiap hari.
Ketika ditanya tentang ketagihan melampau terhadap plastik, Kailyn berkata tekstur plastik adalah sangat unik untuk dirasa dan tidak sama seperti makanan rutin manusia yang lain.
“Rasa mengunyah plastik itu sangat nikmat walaupun pada mulanya sangat kasar, tapi lama-kelamaan ia menjadi lembut,” terang Kailyn.
Barang plastik yang menjadi kerap dalam sajian hariannya adalah pedang Coctail yang didapati dari tempat kerjanya.
Malah, pada hari kebiasaannya, Kailyn akan menjamah ‘makanan’ pedang itu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali jika keadaan emosinya dalam tekanan yang terkawal.
Bagaimanapun, Kailyn tidak menafikan ketagihannya itu boleh mendatangkan keburukkan kepada kesihatannya memandangkan jumlah plastik yang diambil sangat banyak setiap hari.
Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive