Lorong Puaka di Taman Selasih | Mungkin ada di antara kita pernah berkujung di kawasan Taman Selasih, Daerah Kulim, Kedah darul Aman. Namun dari dulu lagi tiada siapa yang menyangka bahawa kebanyakan kawasan taman perumahan di sini adalah merupakan hutan ‘tempat jin bertendang’ dan menjadi tempat persembunyian komunis.
Bagi penduduk asal di sini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka tidak menafikan bahawa
sekitar tahun 40-an, banyak ‘benda’ telah ditanam di tengah hutan bagi tujuan perubatan dan menghalau makhluk halus yang merasuk.
Jalan pintas yang menghubungkan Taman Saga ke Taman Rhu adalah laluan yaang masih digunakan sehingga kini. Beberapa orang saksi telah mendakwa yang mereka pernah ternampak lembaga putih sedang terbang atau bertenggek di atas dahan pokok di sepanjang jalan tersebut.
Salah seorang di antara mereka adalah En.Hirmin Osman, seorang ahli Skuad Rondaan Sukarela (SRS) Taman Selasih. Beliau tersua dengan lembaga putih itu sekitar jam 3.30 pagi semasa membuat rondaan pencegahan jenayah dan lembaga itu dilihat sedang terbang seiringan dengannya dalam anggaran jarak lapan meter sahaja.
Kata En.Hirmin, “Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan terus menunggang motosikal sehingga tiba di Taman Rhu dan seterusnya menggunakan jalan lain untuk ke Taman Selasih. Apabila tiba di rumah, badan saya terasa panas seperti hendak demam. Saya memang nampak lembaga putih itu terbang dengan jelas”
Seorang lagi saksi yang ditemuramah adalah Mr.Ravindran Rao, seorang pekerja industri. Semasa beliau pulang lewat daripada tempat kerja, beliau terasa motosikal yang ditunggangnya agak berat, tetapi beliau terus menunggang tanpa sebarang prasangka buruk. Baginya, mungkin motosikalnya yang bermasalah.
Kemudian, dengan tiba-tiba motosikalnya terasa kembali ringan seperti biasa disertai dengan deruan angin dibelakangnya seperti sesuatu bergerak dengan pantas dari tempat duduk belakang. Beliau ternampak kelibat sesuatu sedang terbang ke atas dan terus mendongak.
Setelah diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu lembaga putih di atas dahan pokok. Beliau tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh bersama motosikalnya kerana ketakutan.
Terang beliau, “Keanehan yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat tentanglorong puaka itu memang benar-benar berlaku dan saya sendiri telah mengalaminya. Pada hari kejadian, saya balik lewat kerana bekerja lebih masa. Jika menggunakan jalan biasa, saya akan lebih lewat lagi tiba di rumah. Oleh itu, saya menggunakan lorong puaka tersebut sebagai jalan pintas”
“Selepas kemalangan itu, saya tidak sedarkan diri dan selepas itu baru saya bertanya kepada keluarga. Mereka menyatakan yang saya berkelakuan aneh seperti ketawa seorang diri dan makan dengan gelojoh. Mereka kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional India untuk memulihkan saya”
Sumber: Kedah2u
No comments:
Post a Comment