Followers

Showing posts with label Rekaan Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Rekaan Kreatif. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

(Gambar) Artis seni Pasir Menang pingat emas di Sepanyol

Satu satunya artis seni ukir pasir yang menyertai pertandingan mengukir pasir di sepanyol..menjadi pemenang pingat emas dalam pertandingan itu di sepanyol

Saturday, July 21, 2012

15 Gambar Peti Surat Yang Menarik Dan Lucu


Koleksi Rekaan Peti Peti Surat Yang Menarik dan cool Dari Seluruh Dunia..

Memang menarik >Cuba Buat Satu untuk rumah anda ..Mesti akan ada yang jeles nanti..Silap silap Peti surat anda pun kena curi jugak..hehehe

Sunday, May 27, 2012

Abu mayat diproses jadi manik



PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.


INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.
Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.
Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.
Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.
"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.
Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.
"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.
Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi

Sunday, May 20, 2012

Petani China bina kapal selam



SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.


BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

Tuesday, September 27, 2011

Petani China cipta jentera terbang



SU MANSHENG menghidupkan enjin jentera terbangnya di depan rumahnya di Dashu, China semalam.


BEIJING - Seorang petani tempatan, Shu Mansheng mencipta sebuah

ShareThis

pop 1