Followers

Showing posts with label Kapal Selam. Show all posts
Showing posts with label Kapal Selam. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Petani China bina kapal selam



SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.


BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

Monday, September 26, 2011

Kapal selam buatan kayu ditemui


KAPAL selam buatan sendiri yang dtemui pada Jumaat lalu dipindahkan dari pelabuhan Buenaventura, Colombia 


MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura,yang mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.



SEORANG anggota polis memeriksa sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, Colombia 



Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. itu kemungkinan yang terbesar pernah dirampas pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu. boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.

ShareThis

pop 1