Followers

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

(Gambar) Sambutan Ketibaan Chong Wei Di KLIA Meriah

 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dipenuhi dengan peminat-peminat sukan tanah air yang sedia menyambut kepulangan wira negara, Datuk Lee Chong Wei.

Rata-rata peminat sukan tanah air telah mula membanjiri KLIA sejak pukul 4 pagi lagi.

Chong Wei yang tiba di KLIA pada jam 8.30 pagi itu disambut oleh

Tuesday, July 17, 2012

Panah ikan 'terbang' - Ikan Kap Terbang


SEORANG pelanggan, Matt Wehness yang menaiki bot Wallick menggunakan busur untuk memanah ikan kap.

 'Sukan' memanah ikan 'terbang' diperkenalkan di Sungai Illinois, Amerika Syarikat pada musim panas yang lalu oleh seorang ahli bomba, Nathan Wallick.
Dia mengemudi sebuah bot yang mengandungi beberapa pelanggan yang berminat untuk memanah ikan kap dengan menggunakan

Friday, July 6, 2012

Pelé perlekeh kehebatan Sepanyol


Pemain legenda bola sepak dunia, Pelé menganggap skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia 1970 adalah 'lebih bagus' daripada skuad Sepanyol yang

Wednesday, May 23, 2012

Jersi dilelong RM13.85j





NEW YORK - Sehelai jersi besbol yang dipakai oleh pemain pasukan New York Yankess, Babe Ruth dilelong AS$4,415,658 (RM13,850,170) kelmarin.
Firma lelongan SCP Auctions menyatakan, ia merupakan jersi terawal yang pernah dipakai oleh pasukan New York Yankees.
Jersi itu keluaran tahun 1920.
Baju berkenaan yang bertahun-tahun dipamerkan di Muzium Kelahiran Babe Ruth di Baltimore dibeli oleh laman web Lelands.com.
Menurut SCP Auctions, harga itu mengatasi rekod lelongan memorabilia sukan sebelum ini yang dicatat pada 2010 untuk set undang-undang permainan bola keranjang oleh James Naismith. - Agensi

JERSI Babe Ruth yang dilelong kelmarin.

Tuesday, September 27, 2011

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona



LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin.


BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibunuh di Catalonia kelmarin sebelum pengharaman sukan tersebut berkuat kuasa di arena Monumental, Barcelona.
Haiwan seberat 570 kilogram itu dibunuh oleh seorang matador berusia 28 tahun, Serafin Marin.
Para penonton seramai 18,000 orang menyaksikan majlis terakhir laga lembu jantan tersebut.
Sebahagian daripada mereka menjulang tiga matador yang mengambil bahagian dalam pertarungan dengan lembu jantan.
Larangan sukan tersebut akan bermula pada Januari tahun depan.
Parlimen Catalonia mengundi pada Julai 2010 untuk mengharamkan sukan tersebut.
Pengundian itu dibuat selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia mendapatkan 180,000 tandatangan bagi meminta sukan tersebut dibincangkan.
Para peminat sukan itu bergambar di arena tersebut sebagai kenangan.
"Adalah amat penting untuk datang ke sini hari ini," kata seorang peminat sukan itu, Juan Jose Cabedo.
Dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer untuk menyaksikan acara itu.
"Kami berasa sedih dan marah," katanya.
Namun, kira-kira 30 aktivis hak asasi haiwan meraikan penamatan acara laga lembu itu. 

ShareThis

pop 1