Followers

Wednesday, May 30, 2012

Lelaki miliki tindikan paling banyak di dunia



DORTMUND, Jerman - Rolf Bucholz yang merupakan seorang pakar komputer berusia 52 tahun mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.
Dia merupakan pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.
Muka lelaki tersebut juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung.
Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya. - Agensi
SEJUMLAH tindikan terdapat di bahagian muka Rolf Bucholz yang didedahkan kepada jurugambar di Dortmund, Jerman kelmarin.
                                            

Saintis berjaya rungkai kod Jerman berusia 300 tahun



IMEJ yang disediakan oleh University of Southern California menunjukkan salinan kitab Copiale Cipher yang kodnya telah berjaya dipecahkan.


LOS ANGELES - Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.
Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.
"Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia," kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.
"Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir," tambah Knight.
Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau.
Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang.
- AFP

Tuesday, May 29, 2012

Muzium ketam di bandar Rusia


PELBAGAI jenis ketam yang terdapat di dalam muzium milik Islentyev.



KRASNOYARSK, Rusia - Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk.
Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini.
Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu.
Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20.
Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.
Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam. - Agensi

Harimau jatuh ke dalam kolam air


SEORANG anggota penyelamat melihat harimau bintang yang terjatuh itu.


SANGATRAM, India - Seekor harimau bintang liar terjatuh ke dalam kolam takungan air di sebuah ladang teh di sini semalam.
Namun, haiwan itu berjaya keluar dari kolam tersebut selepas ia memanjat tangga.
Tangga itu diletakkan oleh seorang anggota penyelamat daripada Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Mahananda. - AFP

Monday, May 28, 2012

Pesta tahunan tangkap kuda liar



SEORANG pemuda cuba menangkap seekor anak kuda liar kelmarin.


DUELMEN, Jerman - Setahun sekali, penduduk di sini mengadakan acara menangkap sejumlah anak kuda liar jantan untuk dijual di pasaran antarabangsa.
Kuda betina pula akan dibiarkan hidup dalam kawanan bagi memastikan kesinambungan hidup spesies berkenaan yang kini terancam.
Adalah dipercayai, kawanan kuda liar terakhir di Eropah hidup di kawasan hutan simpan seluas 350 hektar di sini, barat Jerman.
Sehingga kini, terdapat lebih 350 ekor mamalia tersebut hidup di kawasan berkenaan. - Agensi

(Gambar) Lamborghini Tengku Mahkota Johor





Sunday, May 27, 2012

(Gambar Haiwan Yang Sweet dan Cute




























Anjing Yang paling Popular di Facebook

 Anjing ni bernama Boo dan telah dilihat lebih dari sejuta kali di Facebook
Telah Di LIKE lebih dari 10,000 kali oleh peminat di facebook...

Jom tengok gambar dia yg comel ni...












Abu mayat diproses jadi manik



PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.


INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.
Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.
Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.
Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.
"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.
Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.
"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.
Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi

Biskut beras terbesar di dunia



BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo 


TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.
"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP

Harimau jarang dilihat ditemui di Indonesia



SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera.Reuters


JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.
Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.
Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.
Kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP

Saturday, May 26, 2012

Cipta rekod berada dalam seluar dalam gergasi



SERAMAI 57 orang berdiri di dalam seluar dalam gergasi di daerah Canary Wharf, London.


LONDON - Seramai 57 orang berjaya mencipta rekod dunia apabila mereka berdiri di dalam sehelai seluar dalam gergasi yang berukuran 5 meter x 1.5 meter di daerah Canary Wharf, London kelmarin.
Mereka memperoleh sijil Guinness World Records selepas berjaya melakukan aksi itu. - Agensi

'Darth Vader' minta tanah untuk letak kapal angkasa



SEORANG lelaki memakai kostum Darth Vader berjalan masuk ke bangunan dewan bandar raya Odessa, Ukraine pada Isnin lalu.


KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin
Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.
"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.
"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.
"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.
Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.
'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.
Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. - AFP

Gurun Atacama kubur ikan paus



GAMBAR pada 11 November 2011 menunjukkan Menteri Aset Negara Chile, Catalina Parot melihat fosil ikan paus yang digali di Gurun Atacama.


SANTIAGO - Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile.
Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.
Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.
Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.
Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.
Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.
"Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama," kata Pyenson.
Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas. - AP

Lelaki musnahkan kereta dengan tangan kosong



AKSI seorang lelaki memusnahkan sebuah kereta dengan menggunakan tangan kosong.


LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.
Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.
Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.
Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi

Duit siling kuno ditemui di Baitulmuqaddis



SALAH satu duit siling kuno yang ditemui di belakang Tembok Ratapan di Bandar Lama, Baitulmuqaddis dipamerkan kepada wartawan kelmarin.


BAITULMUQADDIS, Israel - Sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sejumlah duit siling kuno dekat Tembok Ratapan di Bandar Lama di sini.
Beberapa ahli arkeologi berkata, duit siling berkenaan yang digunakan sekitar 15 Tahun Masihi ditemui di dalam tempat mandi orang Yahudi di kaki dinding barat Kuil Kedua.
Menurut mereka kelmarin, kuil itu dimusnahkan oleh tentera Rom pada tahun 70 Tahun Masihi.
Semasa penggalian dilakukan, ahli-ahli arkeologi menemui tempat mandi itu yang digelar mikveh.
Ia ditutup dengan batu-bata untuk memberi laluan kepada pembinaan tembok tersebut yang dibina di atas tempat mandi berkenaan.
Siling kuno itu ditemui di bahagian tempat mandi yang tidak ditimbus.
"Sehingga hari ini, adalah dipercayai bahawa semua tembok berkenaan telah dibina oleh Raja Herod," kata seorang pakar arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shakoun yang mengetuai kerja-kerja menggali bersama Profesor Ronny Reich dari Universiti Haifa.
"Apabila kami menemui duit siling ini yang bertarikh 20 tahun selepas kematian Raja Herod, kami merumuskan bahawa bukan raja berkenaan yang membina bahagian tembok ini," katanya. - AFP

Ganjaran tangkap monyet



SEEKOR monyet melihat beberapa ekor haiwan itu dalam kurungan di bandar Shimla.

SHIMLA, India - Pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$9.50 (RM30.30) untuk setiap ekor monyet yang ditangkap oleh orang awam.
Langkah itu dibuat dalam usaha pihak pemerintah negeri Himachal Pradesh mengawal bilangan monyet.
Haiwan-haiwan itu semakin menyusahkan penduduk setempat terutamanya penduduk di ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla.
Monyet-monyet tersebut mengganggu orang ramai dan haiwan yang lalu-lalang dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.
Monyet yang ditangkap akan dibawa ke salah sebuah daripada empat pusat pemandulan di Himachal Pradesh untuk dimandulkan sebelum dibebaskan di kawasan ia ditangkap.
Menurut bancian primat terbaharu yang dibuat dalam tahun 2000, terdapat sekurang-kurangnya 317,000 ekor monyet di negeri berkenaan. - Reuters

Kareena Kapoor wanita Asia paling seksi



GAMBAR fail pada 8 November 2011 menunjukkan Kareena Kapoor bergaya untuk satu sesi iklan 
di Mumbai.


MUMBAI, India - Bintang filem Bodyguard dan Ra.One, Kareena Kapoor muncul wanita Asia paling seksi di dunia, menurut satu kaji selidik.
Aktres berkenaan mengatasi pemenang tahun lalu, Katrina Kaif dengan kelebihan cuma 1 peratus undi.
Katrina yang memenangi gelaran tersebut sejak tiga tahun lalu kini jatuh di tempat kedua.
Seorang lagi aktres Bollywood Priyanka Chopra berada di tempat ketiga diikuti Bipasha Basu yang menduduki tempat keempat.
Tempat kelima pula menjadi milik aktres filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh akhbar mingguan Britain, Eastern Eye, menerusi beberapa laman jaringan sosial termasuk Facebook dan Twitter.
Responden diminta memilih selebriti kesukaan mereka daripada senarai mengandungi bintang pop, personaliti televisyen, model dan bintang filem dari seluruh dunia. - Agensi

Elvis Afghan pujaan wanita Kabul



PENYANYI Farhad Darya (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul.


KABUL, Afghanistan - Digelar Elvis Afghanistan, Farhad Darya mungkin satu-satunya lelaki di negara paling konservatif itu yang dapat membangkitkan gelora wanita sehingga mereka menjerit, melambai dan bersiul semasa menonton konsertnya.
Dalam sebuah negara yang mana hak wanita diabai dan muzik diharamkan oleh Taliban hingga 10 tahun lalu, Darya dianggap sebagai ikon di negara itu.
Populariti penyanyi berkenaan terserlah semasa dia mengadakan konsert yang terhad kepada penonton wanita di sini pada minggu lalu.
Konsert itu berlangsung secara rahsia berikutan kebimbangan ia menjadi sasaran serangan bom kumpulan Taliban.
"Saya sentiasa memberitahu semua orang bahawa dia lelaki idaman saya, dia menyanyi dengan baik, personalitinya cukup menarik, dia hebat," kata seorang pelajar wanita berusia 18 tahun Meetra Alokozay.
Populariti Darya di Afghanistan menyebabkan dia dipilih sebagai Duta Muhibbah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Darya, konsert pada Khamis lalu itu adalah sebahagian kempen memerangi keganasan domestik yang berleluasa di Afghanistan.
"Terdapat masalah besar dalam negara ini. Mereka yang bertanggungjawab dalam politik, kerajaan cuma pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya," kata Darya.
Penyanyi berambut hitam, bermata biru itu masih kacak walaupun usianya kini mencecah 49 tahun.
Dia telah menghasilkan 35 buah album setakat ini dengan kebanyakannya bertemakan politik keamanan.
Lagunya, Kabul Jaan (Kabul yang Dicintai) merupakan lagu pertama dimainkan radio Afghanistan selepas Taliban diusir tentera Amerika Syarikat (AS) dalam tahun 2001.
Elvis Presley ialah antara penyanyi paling popular pada abad ke-20. Lebih 400 juta album penyanyi yang mendapat jolokan Raja Rock&Roll itu dijual di seluruh dunia setakat ini.
Penyanyi dari AS itu meninggal dunia pada 1977. - AFP

ShareThis

pop 1

Blog Archive