Followers

Tuesday, December 25, 2012

Home » » Biodata Khairul Fahmi bin Che Mat (Apex)

Biodata Khairul Fahmi bin Che Mat (Apex)

Biodata

Nama penuh: Khairul Fahmi bin Che Mat
Tarikh lahir: January 7, 1989
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tinggi: 1.70 m (5 ft 7 in)
Posisi: Penjaga Gol
Kelab: Kelantan FA


Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) dikenali sebagai Apek merupakan
pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagai penjaga gol[1] yang bermain untuk Kelantan FA di dalam Liga Super Malaysia[2] dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki.


Latar belakang

Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang. Bapanya, Che Mat Hussein dikenali sebagai 'Che Su'.
Khairul Fahmi belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.

Penglibatan Wakil Negara

Mewakili Malaysia B-23 buat kali pertama dalam bola sepak ketika Asian Games 2010 yang diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7-25 November 2010

Sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia oleh K.Rajagopal dalam AFF Suzuki Cup 2010 (dahulunya dikenali dengan nama Tiger Cup)

Khairul Fahmi berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Thailand (0-0)
Khairul Fahmi juga berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Vietnam dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir (First Leg: 2-0 | Second Leg 0-0)

Khairul Fahmi sekali lagi beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir pertama bertemu Indonesia yang berakhir dengan Malaysia menang 3-0. Sekali lagi cleansheet daripada beliau

Dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, Khairul Fahmi menjadi wira negara kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada pemain Indonesia sekaligus menjadi pemangkin “moral up” kepada rakan-rakannya yang lain dan menjurus kepada gol di tempat lawan oleh rembatan kencang penyerang jadian Mokhtar Dahari, Safee Sali

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba