Followers

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Kepingan keju berusia 40 tahun dijual di Milwaukee



MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Seketul keju cheddar yang berusia 40 tahun dijual sebanyak AS$10 (RM31.13) untuk setiap 28.34 gram (g), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Keju itu ditemui seorang

Friday, July 6, 2012

Menu Terbaru - Burger Lidah

Burger istimewa....Nyum Nyum..ada yang nak cuba tak....




Sunday, May 27, 2012

Biskut beras terbesar di dunia



BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo 


TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.
"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP

Saturday, May 26, 2012

Kek Krismas paling panjang di dunia



KEK terpanjang di dunia dipamerkan di sebuah hotel di Shanghai semalam.


SHANGHAI - Seramai 80 orang tukang masak membantu mengukur kek Krismas paling panjang di dunia di sebuah hotel di sini.
Kek itu yang sepanjang 1,068 meter berperisa vanila dan mengandungi coklat diiktiraf dalam rekod Guinness sebagai yang terpanjang di dunia.
Ia dibuat sempena satu majlis kebajikan bagi mengutip derma untuk kanak-kanak yang menghidap kanser. - Agensi

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya



SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.
KANAN: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana .


INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.
Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.
Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi

ShareThis

pop 1