PUTRAJAYA – Momentum penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini yang menyasarkan kehadiran dua juta belia berada pada landasan terbaik untuk dicapai.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin sasaran itu mampu dicapai menjelang hujung minggu ini apabila pelbagai aktiviti menarik dilangsungkan.
Ujarnya, negara bakal menyaksikan penghijrahan belia secara beramai-ramai ke pusat pentadbiran negara bagi memenuhi manifestasi yang direncanakan kerajaan yang mahu golongan itu melakukan anjakan luar biasa.
“Kementerian Belia dan Sukan menjangkakan esok (hari ini), jumlah pengunjung akan meningkat dengan drastik, ditambah pula dengan cuti hujung minggu dan musim cuti persekolahan yang sudah bermula.
“Kita membuat pengiraan sehingga malam Ahad ini iaitu hari terakhir himpunan dan yakin angka ini mampu dicapai.
No comments:
Post a Comment