Followers

Wednesday, August 22, 2012

Home » » Dewan diperbuat daripada botol plastik

Dewan diperbuat daripada botol plastik

GAMBAR menunjukkan bangunan diperbuat daripada botol plastik di Taipei.

TAIPEI - Sebuah dewan pameran setinggi tiga tingkat di sini diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik berbanding batu-bata dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah
syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.
"Belum pernah ada sesiapa di dunia membina dewan pameran yang diperbuat daripada botol," kata pengarah urusan pemaju projek berkenaan, Arthur Huang.

Huang berkata, pihaknya akan menyumbangkan bangunan itu kepada Dewan Bandar Raya Taipei pada bulan depan untuk dijadikan bahan pameran pada satu pertunjukan bunga-bungaan.
Bangunan lutsinar yang menelan kos AS$4.22 juta (RM13.5 juta) itu dilengkapi sebuah teater kecil, ruang muzium dan skrin air terjun yang berfungsi seperti pendingin hawa.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive