Followers

Friday, August 31, 2012

Home » » Thai cipta rekod mengurut dunia

Thai cipta rekod mengurut dunia


BANGKOK - Seramai 641 tukang urut mengurut 641 orang secara serentak selama 12 minit di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Record.
Acara mengurut beramai-ramai itu dianjurkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand bagi
mempromosikan industri spa dan urut di negara ini.
Rekod lama dicatatkan di Australia pada tahun 2010 apabila 263 diurut serentak selama lima minit.
"Ia mudah kerana ini (mengurut) kami lakukan pada setiap hari untuk hidup," kata salah seorang tukang urut wanita, Chayanan Chanwuttisawan, 53, yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
"Saya tidak pernah menyangka kami mempunyai peluang untuk diiktiraf seperti ini," tambahnya.
Thailand memang terkenal sebagai 'ibu kota mengurut' di dunia.
Menteri Kesihatan, Wittaya Buranasiri berkata, dia mahu industri mengurut memberi lebih banyak pendapatan kepada negaranya. - AP

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive