Kereta mini memang cantik apa lagi dengan kelebihan yang dimiliki…Salah satunya senang nak cari parking..Lebih2 lagi kalau yg memandu tu gadis cantik yang seksi,mesti tak berkelip mata sang teruna memandang ,jangan kata sang teruna ,atuk tua yang bertongkat pun psti ternganga mulut…huhuhu,,jom kita layan kereta mini yang cun giler kat bawah ni..
Showing posts with label Kereta Murah. Show all posts
Showing posts with label Kereta Murah. Show all posts
Wednesday, November 30, 2011
Gambar Kereta Mini Yang Mengancam
Labels:
Kereta Ferrari,
Kereta Honda,
kereta kecil,
kereta kompak,
Kereta Mercedes,
kereta mini,
Kereta Murah,
Kereta Nano
Tuesday, September 27, 2011
Lagi kereta Nano terbakar

GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano, keluaran Tata Motors terbakar di Mumbai, India pada 21 Mac 2010.
NEW DELHI - Pengeluar kenderaan India, Tata Motors mengarahkan satu siasatan dibuat semalam selepas sebuah lagi kereta kompak buatannya, Tata Nano yang dilabel kereta termurah di dunia terbakar secara tiba-tiba.
Dipuji pada 2008 sebagai kereta pencetus revolusi pengangkutan di India, penjualan kereta Nano mengalami kemerosotan ekoran kebimbangan berhubung tahap keselamatan kenderaan itu, masalah pengeluaran serta kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi.
"Sebuah kereta Nano terbakar di sini kelmarin. Kami telah menghantar pasukan jurutera untuk melakukan siasatan. Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes berkenaan," kata jurucakap Tata Motor, Debasis Ray.
Menurutnya, pengeluar kereta berkenaan akan menghubungi pemilik kereta terbabit.
Terdahulu, akhbar tempatan The Times of India melaporkan bahawa dua adik beradik lelaki sempat melarikan diri selepas kereta terbabit tiba-tiba terbakar.
Pada tahun lalu, Tata Motor terpaksa menawarkan peningkatan ciri keselamatan percuma selepas beberapa kereta Nano terbakar dalam pelbagai insiden tetapi firma itu tetap bertegas bahawa kereta berkenaan tidak mengalami masalah.
Model asas kereta Nano dijual pada harga semurah AS$2,500 (RM7,956).
Subscribe to:
Posts (Atom)


