Followers

Tuesday, September 27, 2011

Home » , , » Kecoh gelang kunci Hitler dijual di Taiwan

Kecoh gelang kunci Hitler dijual di Taiwan



SEORANG pelanggan memegang gelang kunci yang memaparkan wajah seperti Hitler di sebuah kedai 7-Eleven di Taipei semalam.
TAIPEI - Gelang kunci yang memaparkan wajah bekas pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler di kedai-kedai 7-Eleven di Taiwan menyebabkan Kedutaan Israel di sini menyatakan ia sesuatu yang mengerikan.
"Kami terkejut untuk melihat wajah seperti Hitler digunakan sekali lagi sebagai satu bentuk pemasaran dan dijual di kedai-kedai 7-Eleven," kata seorang perwakilan Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Israel di sini.
Gelang kunci itu menunjukkan watak seperti kartun Hitler dengan misai berwarna hitam dan memiliki simbol seperti lambang Nazi.
Namun, seorang pegawai dari pihak yang mengendalikan kedai itu, President Chain Store Corp menafikan gelang tersebut kelihatan seperti Hitler.
"Ia tidak kelihatan seperti Hitler.Itu bukannya misai tetapi gigi," kata pegawai itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Terpelik Di Rimba

Blog Archive