Showing posts with label Filem. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012
Sinopsis dan Preview - Filem Seram Sejuk
Lakonan - Zul Handyblack,Angah Raja Lawak,Sabri Yunus,Wawa Zainal
Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput….!!. Dalam masa yang sama juga seorang editor saiful yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut. Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Ros telah menolak pemberian Saiful yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau. Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Ros mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja dipejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut.
Che Wan dan Saiful mula dilagakan menyebabkann mereka berdua merasa saling tak puas hati. Kejadian-kejadian misteri yang berlaku telah menyebabkan Saiful dan Che Wan mula tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan mengatakan masing-masing memakai ilmu hitam untuk mendapatkan Ros. Dari situlah wujudnya dukun palsu yang cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut. Akhirnya misteri kalung tersebut telah terungkai. Kalung tersebut merupakan kalung pusaka peninggalan pasangan kekasih yang telah dibunuh oleh perompak dan merupakan lambang cinta mereka. Kuasa yang terdapat pada kalung tersebut menggangu mereka. Kuasa kalung lagi merasa marah apabila setelah diambil tetapi tidak dhargai. Akhirnya kalung tersebut dapat dipulangkan ketempat asalnya kembali.
Trailer Filem Seram Sejuk
Sinopsis dan Preview Filem Shh...Dia Datang - Filem arahan pertama saiful apek
Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.
Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem. Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.
Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.
Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.
Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).
Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.
Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan?....Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang
Trailer Filem
| Shh...Dia Datang | |||
Sinopsis dan Trailer Filem Aku, Kau Dan Dia (2012)
Sinopsis Filem Aku, Kau Dan Dia .
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.
Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan.
Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut.
Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?
Trailer Aku,Kau & DIa

Sinopsis Filem Baik Giler
Sinopsis Filem Baik Giler
Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.
Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.
Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.
Pada anggapan Afik istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal istilah `baik giler' merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.
Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afik ke pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.
Dalam filem ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai orang yang masih gila.
Filem Baik Giler membariskan pelakon Zizan Razak,Awie, Esme Daniel, Farawahida, Sharifah Shahirah, Abon, dan Siti Fazurina.

Sinopsis Bola Kampung The Movie (2012)
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.
Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.
Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.
Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.
Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.
Trailer Bola Kampung The Movie (2012)

Sinopsis Filem Halim Munan (2012)
Sinopsis Filem Halim Munan (2012)
Filem Halim Munan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik.
Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai ‘halimunan’ dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu.
Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim. Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halim munan.
Selain Fizo, barisan pelakon yang membintangi Halimmunan ialah Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia’an (Ajak), Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) - Piwi dan Fendi (Balas - Kimi). Pastinya filem ini menghiburkan dan mencuit hati penonton.
--
Keasyikan seorang bomoh, Wak Mali melayan irama tiupan seruling kesayangannya di serambi rumah mistik di kelilingi kolam ikan, terhenti seketika. Matanya tiba-tiba menjadi liar.
Sebaik menjawab salam dihulur, wajahnya berkerut-kerut bingung kerana tidak nampak atau melihat sesiapa memberi salam di depannya. Ketika masih tercari-cari dan mengamati dari mana datang suara itu, dia pengsan apabila mendapati suara salam datangnya dari seorang anak muda yang dianggap penduduk kampung banyak memberi masalah.
Halim muncul di depan rumah Wak Mali sebagai ‘halimunan’ selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum pun sempat Halim datang menyerahkan separuh kain kafan seperti diminta Wak Mali sebagai syarat ‘minta ilmu’, dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.
Bagaimanapun, kain kafan kubur dibawa Halim tidak menepati apa diminta Wak Mali. Halim yang memiliki karakter lurus bendul dan suka berangan menjadi halimunan sejak kecil, bukannya membawa kain kafan wanita mati malam Jumaat seperti diminta, tetapi kain kafan seorang pawang hitam baru meninggal dunia.
Keadaan menyebabkan Halim resah kerana menyedari dirinya tidak lagi dapat dilihat orang lain. Pada masa sama, penduduk yang mencarinya bersama ibunya, melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya bertukar menjadi pocong mengacau ketenteraman selepas insiden mencuri kain kafan di tanah kubur.
Keinginan Halim bermakna dia mencapai hajat menjadi halimunan dan kebetulan bertepatan dengan namanya, Halim Munan. Pada masa sama, Halim berhasrat jadi halimunan kerana mahu membalas perbuatan buli dan ejekan tiga budak nakal, Ajak (Zul Suphia’an) bersama Pawi dan Kimi (Syuk dan Fendi Kumpulan Balas Raja Lawak 5) yang menuduhnya suka mengganggu anak dara orang....

Sinopsis Filem 29 Februari (2012)
Sinopsis Filem 29 Februari
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.
Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.
Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?
Subscribe to:
Posts (Atom)