Followers

Showing posts with label Angkasa Lepas. Show all posts
Showing posts with label Angkasa Lepas. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

(Gambar) Imej nyalaan kuat di matahari


Gambar yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan kuat yang berlaku di matahari kelmarin.
Menurut beberapa saintis cuaca angkasa lepas, nyalaan itu memberi kesan yang kecil terhadap bumi.
Ia mungkin memberi kesan terhadap sistem komunikasi berfrekuensi tinggi.

.............................
Baca yang lain


Friday, July 13, 2012

Bulan kelima di Pluto Ditemui

GAMBAR menunjukkan bulan P5 (dalam bulatan) bersama empat lagi bulan yang mengelilingi planet Pluto.

Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin.
Bulan itu diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.
Ia mempunyai diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer.
Ahli-ahli astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.
Pada tahun lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet tersebut yang dikenali sebagai P4.
Bulan terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.
Dua lagi bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005.
Pluto diklasifikasikan sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Planet itu selebar 2,301 kilometer.

Friday, July 6, 2012

Saintis Pelik - Misteri debu di sekeliling bintang hilang


Beberapa saintis terkejut dan hairan apabila mereka menyaksikan sejumlah debu kosmik yang bersinar di sekeliling sebuah bintang didapati telah

Sunday, May 20, 2012

Cahaya lampu bandar di Portugal dilihat di angkasa lepas



GAMBAR menunjukkan limpahan cahaya lampu di Portugal (kiri) dan Sepanyol (kanan) yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini.

FLORIDA -Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas.
Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.
Gambar itu menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. - AFP

ShareThis

pop 1