Followers

Tuesday, December 18, 2012

Home » » Misteri! Siapakah Sebenarnya Wanita Serba Putih Di Air Terjun Ulu Paip?

Misteri! Siapakah Sebenarnya Wanita Serba Putih Di Air Terjun Ulu Paip?


Dengan cuti sekolah yang masih berbaki, sembilan buah keluarga telah berkunjung ke Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip, Kulim. Percutian ini sudah tentu amat menyeronokkan, namun mungkin tidak bagi seorang kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Azwan. Kami difahamkan, Azwan dipercayai hampir-hampir lemas selepas terpukau dengan panggilan misteri seorang
wanita serba putih di kawasan tersebut. Siapakah wanita itu?


Kawasan air putar di mana mangsa hampir lemas.
Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.


Azwan
Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

“Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.
Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.
“Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.

Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1