Followers

Wednesday, December 5, 2012

Home » » Misteri Orang Pendek Di Sumatera

Misteri Orang Pendek Di Sumatera


Mungkin ramai yang sudah pernah membaca kisah mengenai sejenis makhluk ini di beberapa majalah mahupun surat khabar kerana terdapat banyak juga yang sudah mengulas menegnainya. Orang Pendek ialah
nama yang telah diberikan kepada sejenis binatang (atau mungkin sejenis manusia?) yang pernah dilihat oleh ramai orang selama beratus-ratus tahun. Ia kerap muncul di seki

tar Taman Negara Kerinci Seblat, Sumatera.Meskipun dipercayai ramai orang pernah melihatnya selama tempoh masa ratusan tahun namun kewujudan Orang Pendek sehingga sekarang masih merupakan sebuah teka-teki yang penuh pelbagai misteri. Tidak ada seorang pun yang tahu sebenarnya makhluk jenis apakah yang sering disebut sebagai Orang Pendek tersebut. Malah tidak pernah ada juga laporan yang mengatakan bahawa terdapat sesiapapun pernah menangkap jasad makhluk ini ketika ia hidup mahupun mati. Namun sebaliknya ada ramai juga yang mengaku pernah terserempak dengan makhluk berkenaan.'


Sekadar maklumat untuk kita, misteri kewujudan Orang Pendek ini telah termasuk ke dalam salah satu kajian Cryptozoolgy, begitulah yang saya ketahui daripada beberapa sumber. Ekspedisi pencarian Orang Pendek ini sudah beberapa kali di lakukan di Kawasan Kerinci, salah satunya adalah ekspedisi yang dibiayai oleh National Geographic Society.

National Geographic sangat tertarik mengenai legenda Orang Pendek di Sumatera. Beberapa penyelidik telah dihantar ke sana untuk melakukan kajian mengenai makhluk tersebut. Setakat ini, para saksi yang mengaku pernah melihat Orang Pendek menggambarkan tubuh fizikalnya sebagai makhluk yang boleh berjalan tegap (berjalan dengan dua kaki) tinggi kira-kira satu meter (di antara 85 cm hingga 130 cm) dan mempunyai banyak bulu di seluruh badan. Bahkan ada jua yang mendakwa Orang Pendek tersebut berjalan dengan membawa pelbagai peralatan memburu yang seakan-akan tombak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1