Tuesday, September 11, 2012
Home »
Misteri
,
Seram
»
Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Harian(Seram)
KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ShareThis
pop 1
Subscribe via email
Blog Archive
-
▼
2012
(399)
-
▼
September
(37)
- Misteri! Pak Haji Sudah Meninggal Dunia Muncul Di ...
- Jambatan Berhantu Yang Paling Seram Di Dunia!
- Pelik! Benarkah Lembu Ini Yang Paling Kecil Di Dunia?
- Kisah Benar: Jenazah Keluar Darah Tanpa Henti
- siaran langsung kelantan vs arbil fc 25 september ...
- Misteri Piramid Dasar Laut Di Jepun
- Misteri Gua Kristal
- Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah
- Lagenda Naga Tasik Chini
- Kisah Paku Pontianak
- Kisah mayat keluar darah tidak berhenti
- Makhluk Terbang Seakan-akan Manusia Bersayap!
- Kain misteri jadi tanda tanya di Kedah
- Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Harian(S...
- GAMBAR: Haiwan Wajah Pelik
- VIDEO JELMAAN MISTERI SEORANG GADIS DI STESEN KERE...
- Langsuir ditemui di Kulim Hi-Tech.
- Gambar Seram Wanita Bertudung Di Jeti JTLM Pulau T...
- Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
- Kisah Seram Abang Polis
- Rasukan Jelmaan Beruk Akibat Disihir
- Misteri Lagenda Lata Kijang Negeri Sembilan
- Misteri jambatan bunian di Port Dickson kini terjawab
- Rumah dijadikan tempat mandikan jenazah oleh makhl...
- Lelaki Misteri Muncul Dalam Gambar ketika Umrah!
- Betulkah Ular Raksaksa Muncul Di Sarawak ?
- Jalan Paling Berhantu Di Dunia
- Kisah Benar: Eksiden dengan Hantu
- Lembaga ‘Misteri’ Di Kota Damansara?
- Misteri Jalan Berpuaka Di Titi Haji Idris Kedah
- Cerita di bilik mayat
- Seram! Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa
- Misteri Bunyi Cakaran Di Dinding Rumah!
- Kepingan keju berusia 40 tahun dijual di Milwaukee
- Rumah Api Berhantu Dengan Pemandangan Menarik Diju...
- Misteri Kawasan Perumahan Di Kuala Lumpur
- Subhanallah! Langit Runtuh di Garie, Australia
-
▼
September
(37)
No comments:
Post a Comment