Tergamam. Terpampan. Subhanallah. Dalam al Quran, aku tak ingat la betul-betul, tapi lebih kurang ada ayat yang berbunyi yang bumi ini diciptakan dengan disokong oleh pasak-pasak. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang letaknya jauh di bawah
tanah yang komposisi utamanya terdiri daripada batuan-batuan kristal gergasi. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lagi banyak pasak-pasak akan ditemui. Kristal gergasi paling tinggi ialah 10 meter. Bayangkan saiz kristal yang belum dijumpai lagi. Gambaran ini tak ubah seperti rumah Superman dalam filem-filem mahupun cerita drama Smallville. Apa-apa pun, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Setelah penemuan mineral seperti “Kryptonite” itu, kemudian pada bulan April para pelombong menemui kristal-kristal raksasa yang terpendam ribuan kaki dibawah Pegunungan Naica disebuah padang pasir Chihuahua, Mexico.
Kristal-kristal raksasa itu mengingatkan kita semula pada cerita Superman, dalam cerita Superman itu, diceritakan dia mempunyai rumah/tempat tinggal yang dinamakan Fortress of Solitude.
Fortress of Solitude merupakan kumpulan block kristal dengan ukuran yang sangat besar dan kompleks.
“Ini merupakan keajaiban alam”, ungkap Garcia Ruiz dari Universiti Granada.
Menurut Garcia, kristal tersebut mampu membesar dengan pesat kerana ia terendam di dalam air yang kaya dengan mineral ditambah pula dengan range temperature yang stabil dan terbatas sekitar 136 darjah Fahrenheit (58 darjah Celcius). Pada suhu ini, mineral anhydrite dalam jumlah berlebihan di dalam air itu kemudian terlarut menjadi gypsum, sebuah mineral halus yang kemudian membentuk kristal-kristal besar di gua Naica.
No comments:
Post a Comment