Followers

Sunday, October 9, 2011

Home » » Balu Noramfaizul harap suami jadi inspirasi

Balu Noramfaizul harap suami jadi inspirasi



Balu kepada Noramfaizul lMohd Nor, Norazrina Jaafar menunjukkan pingat Bintang Gagah Perkasa (B.G.P) pada majlis Istiadat Penganugerahan Tauliah Bntang dan ingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari UlangTahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Utusan/AZLI AHAD


MELAKA — “Saya berharap pengorbanan Allahyarham suami saya menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada mereka yang masih lagi hidup,” kata Norazrina Jaafar mengulas penganugerahan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada suaminya sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hari ini.
Katanya, anugerah itu diharap menjadi satu inspirasi kepada pengamal media untuk berbakti dan berjasa kepada negara dan agama.
Jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor diberi penghormatan tertinggi oleh kerajaan negeri Melaka sebagai penerima pertama BGP sejak ia mula diperkenalkan pada 1978.
Anugerah yang yang diperkenalkan khusus untuk anggota tentera dan polis, namun tidak ada penerimanya sebelum ini.
Noramfaizul, 39, terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 Sept lepas ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di negara bergolak itu.
"Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka atas pengiktirafan ini,” kata Norazrina yang kelihatan sebak sewaktu ditemui pemberita. — Bernama

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1