Followers

Thursday, July 12, 2012

Home » , » Pelik - Dua Biji Kelapa Kongsi Tangkai

Pelik - Dua Biji Kelapa Kongsi Tangkai


Apabila bercerita mengenai penemuan pelik tentang kelapa ini, sebenarnya banyak yang terjadi seperti sebelum-sebelum ini. Ada yang kelapa bertunaskan pokok pisang dan sebagainya. Kali ini ia mungkin jarang ditemui, dua kelapa berkongsi satu tangkai. Namun itu penemuan pelik penjual air kelapa muda, Ramlee Mohamed, 41, di Kampung Kolam Emas, dekat sini, kelmarin.

Menurut Ramlee, kelapa muda itu dibeli daripada peniaga kelapa muda dua hari lalu dan tidak menyangka daripada lima kelapa muda dibeli, dua didapati kembar.
“Sebaik mendapati kelapa muda itu pelik kerana dua biji pada satu tangkai.
Jadi saya simpan dahulu di rumah sementara menghabiskan kelapa lain dahulu untuk dijual airnya,” katanya.
Beliau berkata, sejak berniaga menjual air kelapa muda lima tahun lalu, inilah kali pertama menemui kejadian sebegitu dan kebiasaannya satu tangkai hanya sebiji kelapa.
“Saya kerap menemui perkara pelik sejak berniaga air kelapa muda dan tebu. Sebelum ini tebu yang ditanam hingga melebihi tujuh meter,’ katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive