Followers

Monday, July 9, 2012

Home » , » Aisha Masnamimi juara Bintang RTM 2012

Aisha Masnamimi juara Bintang RTM 2012


Aisha Masnamimi Safie @ Shafie muncul juara Pertandingan Bintang RTM 2012 selepas menewaskan lima peserta lain di Auditorium Perdana Angkasapuri malam tadi.
Aisha, 23, yang mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kisah Hati' dan 'Fantasia' membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000 selain trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Selain itu, Aisah merangkul anugerah Bintang Paling Popular yang menawarkan wang tunai RM5,000 serta trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan.
Tempat kedua dimenangi Fitri Hakim Omar Walid ,19, dari Perak manakala tempat ketiga oleh Mohd Hafsyam Noordin, 25.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

pop 1

Blog Archive